Honor penuhi permintaan pelanggan

Iklan
Honor menawarkan komputer riba Honor MagicBook 15 dan gelang pintar Honor Band 6.

JENAMA teknologi global, Honor melancarkan komputer riba Honor MagicBook 15 dan gelang pintar Honor Band 6 di seluruh negara bagi memenuhi permintaan ramai.

Dalam satu kenyataannya, Honor berkata, dengan kerangka ringan dan kompak, siri baru komputer riba Honor MagicBook menawarkan pengalaman pengguna lebih baik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, Honor MagicBook 15 memberi prestasi lebih cekap kerana menggunakan pemproses terbaru Generasi 11 Intel Core i5 serta WIFI-6 yang tidak menimbulkan masalah lambat ketika menggunakan aplikasi persidangan video dan audio mahupun membuat kerja.

"Ianya sesuai dimiliki pengguna yang melakukan tugasan pejabat dan pelajar kerana perlu meluangkan masa yang lama di hadapan skrin.

Iklan

"Skrin paparan penuh bersaiz 15.6 inci dengan resolusi 1920X1080 komputer riba ini turut diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland selain tidak berkelip,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Honor MagicBook 15 dipasang memori 16GB RAM DDR4 dan storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD manakala kad grafik menggunakan Intel Iris Xe Graphics.

Iklan

"Ia seberat 1.56 kilogram (kg) dan senipis 16.9 milimeter (mm) serta dimuatkan teknologi pengecasan pantas 65W yang disokong USB jenis C. Baterinya mampu mencapai 46 peratus selepas pengecasan selama 30 minit,” katanya.

Honor turut memperkenalkan model baharu gelang pintar Honor Band 6 yang menawarkan skrin lebih besar Amoled 1.47 inci dengan resolusi 368X194.

Honor Band 6

"Skrinnya 148 peratus lebih besar daripada generasi peranti sebelumnya dan jenama gelang pintar lain di pasaran. Ini memudahkan pengguna membaca maklumat yang dipaparkan pada skrin dengan jelas.

"Mengenai ketahanan bateri pula, Honor Band 6 menjanjikan hayat bateri sehingga 14 hari bagi penggunaan normal. Pengecasan selama 10 minit sudah mencukupi untuk gelang pintar ini bertahan selama tiga hari,” katanya.

Honor berkata, kedua-dua produk itu boleh dibeli secara pra-pesanan di platform e-dagang Lazada mulai 7-12 Mei ini dan pelanggan yang membeli Honor MagicBook 15 di Lazada Honor Flagship Store akan menerima hadiah percuma bernilai lebih RM300.

Mulai 13 Mei ini, jualan rasmi Honor MagicBook 15 dan Honor Band 6 akan dilancarkan di semua outlet fizikal Honor Experience Stores seluruh negara termasuk platform e-dagang Lazada Honor Flagship Store dan Shopee Honor Official Store.

Honor MagicBook 15 dijual pada harga RM3,699 manakala Honor Band 6 berharga RM189 dan boleh didapati dalam tiga pilihan warna.