Malindo Air lancar penerbangan ke Hokkaido 23 Mac
Iklan
KUALA LUMPUR - Malindo Air akan memperkenalkan laluan baharu Kuala Lumpur-Hokkaido, destinasi pertamanya di Jepun, dengan penerbangan tiga kali seminggu bermula 23 Mac, 2019.
Tiga penerbangan itu adalah pada Selasa, Rabu dan Sabtu.
Iklan
Iklan
Malindo Air dalam satu kenyataan hari ini berkata tempahan kini dibuka pada harga tambang promosi RM799 bagi Kelas Ekonomi dan RM1,999 bagi Kelas Perniagaan, di laman web Malindo Air, pejabat penjualan tiket, pusat pelanggan dan ejen pelancongan terpilihnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata,"Hokkaido menandakan satu lagi pencapaian baharu kami, menjadi negara ke-17 yang kami menawarkan perkhidmatan penerbangan dalam rangkaian kami.
Iklan
"Kami menjangkakan sambutan yang baik bagi laluan ini dan merancang menambahkan kekerapan dalam tempoh terdekat ini.
"Dengan ini, kami juga berharap dapat membawa lebih banyak trafik antarabangsa ke Malaysia, sebagai menyokong pelancongan tempatan dan ketibaan di lapangan terbang,” katanya.
Iklan
Hokkaido merupakan pulau kedua terbesar di Jepun yang terletak di bahagian paling utara negara tersebut. Bandar tersebut terkenal dengan gunung berapinya, mata air panas semula jadi dan resort ski. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>