Anwar mohon maaf PH gagal tunai manifesto PRU14
Iklan
Anwar ketika wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Petaling Jaya baru-baru ini.
PETALING JAYA - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia di atas kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menunaikan sebahagian besar manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tempoh hari.
Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu tidak bersetuju dengan pandangan ‘manifesto bukan kitab suci’ sebagai mana diutarakan bekas Perdana Menteri kerajaan PH, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dianggapnya menyebabkan keadaan bertambah parah.
Iklan
Iklan
Jelas beliau, kenyataan itu mewakili ‘order’ lama dalam PH dan beliau tidak mahu mempertahankannya kerana ia bukan datang daripada kepemimpinan PKR.
"Sebahagian manifesto sudah dilaksanakan, tetapi sebahagian besar masih belum dilaksanakan. Tetapi yang parah bukan proses pelaksanaan, tetapi kenyataan bahawa ‘manifesto itu bukan kitab suci’.
Iklan
"Walaupun manifesto itu dilengkapkan semasa saya berada di dalam penjara, tetapi beberapa prinsip utama yang kita sudah janji, maka kita harus ikhtiar untuk melaksanakannya. Tidak boleh kata manifesto bukan kitab suci, maka tidak boleh kita laksanakannya, tidak praktikal.
"Bagaimanapun, PKR mohon maaf kepada rakyat kerana kita terlibat dalam kerajaan PH. Tetapi beberapa kenyataan itu tidak membantu,” katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama Sinar Harian di Petaling Jaya baru-baru ini.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: 'Manifesto bukan kitab suci, hanya janji mainan politik'
Pada 16 Julai 2018, Dr Mahathir yang ketika itu merupakan Perdana Menteri kerajaan PH mengingatkan bahawa manifesto koalisi itu bukan ‘kitab suci’ yang wajib dipatuhi dalam pelantikan speaker Dewan Rakyat.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui tidak dapat melantik speaker daripada kalangan ahli Parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.
"(Ya), tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan.
"Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal,” kata Dr Mahathir di lobi Parlimen.
Kenyataan Dr Mahathir ternyata menimbulkan kemarahan rakyat, lebih-lebih lagi golongan pengundi muda yang mendambakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan tol dimansuhkan selepas kerajaan PH memerintah.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.