BNM lantik Abd Rahman Abu Bakar sebagai Penolong Gabenor
Iklan
Abd Rahman Abu Bakar
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) telah melantik Abd Rahman Abu Bakar sebagai Penolong Gabenor berkuat kuasa 1 Mei ini.
BNM dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, beliau akan menyelia bidang modal insan yang merangkumi modal insan strategik, pembangunan modal insan serta perkhidmatan modal insan.
Iklan
Iklan
"Abd Rahman menyertai bank itu pada 1992 dan telah berkhidmat dengan pelbagai jabatan di bank berkenaan seperti Perisikan dan Penguatkuasaan Kewangan, Penyiasatan Khas, Peraturan Insurans, Perancangan Strategik, Pengurusan Sumber Manusia serta Ekonomi.
"Beliau memiliki ijazah sarjana muda ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,'' katanya.
Iklan
Abd Rahman mengambil alih daripada Mohd Adhari Belal Din yang akan meninggalkan bank pusat itu pada 11 Mei 2021 selepas berkhidmat selama 14 tahun.
Gabenor Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus bagi pihak BNM, melahirkan penghargaan kepada Adhari atas sumbangannya dan berkata, beliau telah memainkan peranan penting dalam memacu inisiatif modal insan untuk bank dan sekutunya selama lebih satu dekad.
Iklan
''Bank yakin Abd Rahman akan membina kecemerlangan kerja dan inisiatif sumber manusia yang telah dimulakan Adhari,'' katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Terima kasih penyumbang, Sinar Harian dan IJN'"><meta itemprop="description" content="Tiada ibu bapa yang sanggup melihat si cilik menahan kesakitan, namun itulah realiti terpaksa dihadapi keluarga ini apabila anaknya disahkan menghidap 'Tetralogy Fallot' (TOF), l,apor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.
TOF ialah sejenis kecacatan jantung kongenital (bawaan sejak lahir) dengan empat keabnormalan utama iaitu jantung berlubang, penyempitan salur darah atau injap, penebalan struktur dinding jantung kanan dan 'overriding aorta'.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797609/berita/nasional/terima-kasih-penyumbang-sinar-harian-dan-ijn
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-24T01:37:14.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P178S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbcc1jy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbcc1jy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbcc1jy"></script>