Pengantin teruskan perkahwinan walaupun positif Covid-19

Iklan
Majlis perkahwinan berlangsung walaupun pengantin disahkan positif Covid-19 mendapat kecaman warganet. - Foto ANI

RATLAM - Tindakan pasangan pengantin meneruskan perkahwinan mereka biarpun pengantin lelaki positif Covid-19 dan gelombang pandemik itu sedang memuncak di India mendapat kecaman masyarakat.

Walaupun memakai pakaian pelindung diri (PPE), namun majlis perkahwinan itu sepatutnya ditangguhkan kerana berisiko menyebabkan penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

Menerusi agensi berita ANI, pengantin lelaki terbabit disahkan positif Covid-19 pada 19 April lalu.

Rakaman video upacara perkahwinan berlangsung di Ratlam, Madhya Pradesh, India tersebar di laman sosial terus mendapat kritikan dari warganet kerana disifatkan keterlaluan dalam keadaan negara itu sedang dilanda wabak Covid-19 yang semakin kritikal.

Iklan

Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut mendapat kebenaran kerajaan India.

Kes jangkitan Covid-19 di India melepasi angka 18 juta pada Khamis apabila mencatatkan hampir 380,000 kes baharu, sekali gus memecahkan rekod baharu global.

Iklan

Kementerian Kesihatan India memaklumkan New Delhi melaporkan 379,257 kes baharu dan 3,645 kematian dalam tempoh 24 jam selepas negara itu menyaksikan lonjakan kes jangkitan kematian luar biasa akibat pandemik tersebut.