Peniaga dikenakan kompaun boleh kemuka rayuan kepada KKM
Iklan
Shafien Mamat - Foto Bernama
KOTA BHARU – Polis Kelantan menyarankan peniaga atau pemilik premis yang dikenakan kompaun sebelum ini membuat rayuan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri untuk mendapatkan kadar pengurangan kompaun mengikut garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Ketua Polis, Datuk Shafien Mamat berkata, merujuk kepada kompaun tiga peniaga yang tular di negeri ini, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) telah memaklumkan kesemua pemilik premis itu akan dipertimbangkan kadar kompaun.
Iklan
Iklan
"Satu perbincangan telah dijalankan membabitkan Polis Kelantan dan JKNK pada Rabu dan polis akan mengambil tindakan di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dan peraturan di bawahnya.
"JKNK pula mempunyai bidang kuasa untuk menawarkan kadar pengurangan kompaun,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Iklan
ARTIKEL BERKAITAN: Tiga peniaga kena kompaun kemuka rayuan
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini sejak minggu lalu, rakyat dikejutkan dengan berita kompaun yang dikenakan kepada tiga peniaga sehingga RM50,000.
Iklan
Penularan mengenai berita kompaun tersebut mendapat liputan meluas, tidak kurang juga kritikan daripada netizen yang masing-masing mengutarakan pendapat yang berbeza.
Bagaimanapun, Shafien dalam kenyataan yang sama turut menasihatkan masyarakat terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan rantaian penularan wabak Covid-19 dapat diputuskan.
ARTIKEL BERKAITAN: Kompaun RM50,000 bukan 'hukuman mati', boleh rayu: KPN
Peniaga burger terkilan dikompaun RM50,000
Peniaga colek pula dikompaun RM50,000
'Saya kena berhutang untuk bayar kompaun RM50,000 itu'
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah: Waris gesa siasatan dibuka semula"><meta itemprop="description" content="Waris tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) pada 14 September 2017 lalu menggesa pihak berkuasa membuka semula kertas siasatan berhubung kemungkinan pelanggaran undang-undang dan peraturan keselamatan bangunan yang didakwa menyumbang kepada kejadian itu, lapor wartawan Sinar Harian, Muhammad Aminnuraliff Mohd Zoki.
Gesaan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Februari lalu memutuskan tuntutan sivil berkaitan kecuaian dan ketinggalan pihak-pihak yang terlibat dalam pengurusan serta pemilikan bangunan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796974/berita/semasa/tragedi-pusat-tahfiz-darul-quran-ittifaqiyah-waris-gesa-siasatan-dibuka-semula
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TragediPusatTahfizQuranIttifaqiyah #warisgesasiasatandibukasemula"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-19T07:24:36.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/efgzU1ghZYq1VUK7J/x1080"><meta itemprop="duration" content="P123S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xba1w7y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xba1w7y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xba1w7y"></script>