Pas konsisten bebas rasuah
Iklan
Khairil Nizam
SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Senator Ir Khairil Nizam Khirudin menegaskan Pas adalah sebuah parti unik kerana dilihat konsisten dari sudut dasar dan prinsip Islam.
Beliau berkata, sebaliknya yang berubah hanyalah dari sudut kepimpinan serta cara berpolitik.
Iklan
Iklan
"Bila kita mengambil dasar politik Islam, ia adalah mengenai prinsip integriti. Islam ini bercerita tentang pertimbangan dosa dan pahala.
"Sebab itu Pas konsisten dilihat parti yang bebas rasuah. Bila kita ada integriti, kita nak ambil duit 10 sen atau RM1 pun kita akan takut kerana kita tahu ALLAH SWT ada,” katanya dalam hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.
Iklan
Mengulas lanjut, Khairil berkata, Pas turut mengambil tiga pendekatan mengenai dasar berkenaan termasuk prinsip yang bersifat fundamental.
"Kedua ialah bersifat fleksibel selagi perkara berkenaan dibolehkan syarak. Tidaklah kita mengambil pendekatan Machievelli, matlamat menghalalkan cara.
Iklan
"Ketiga, ia berfikir ke hadapan. Sebab itu Pas ada ‘blue print’ Wawasan Induk Negara Sejahtera 2051,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Khemah besar' mampu saingi penyatuan ummah UMNO-Pas - Mat Sabu"><meta itemprop="description" content="Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yakin kerjasama politik menerusi pendekatan khemah besar atau ‘big tent’ mampu menyaingi agenda penyatuan ummah yang digerakkan UMNO dan Pas, lapor wartawan Sinar Harian, Roskhoirah Yahya. 
Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan berkenaan masih di peringkat awal dan belum melalui sebarang rundingan rasmi. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/805725/berita/politik/khemah-besar-mampu-saingi-penyatuan-ummah-umno-pas---mat-sabu 
Tajuk lagu: Elevate 
Artis/ komposer: Benjamin Tissot 
Sumber: www.bensound.com 
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. 
#SinarHarian #BeritaSemasa #Amanah #MatSabu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-22T14:28:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/h8lHY1h0lm2Grxv_r/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbyvn1e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbyvn1e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbyvn1e"></script>