KFC lancar kempen raya ‘Raikan Cara Kita’

Iklan
May Ling (tiga dari kiri) bergambar bersama wakil penerima sumbangan KFC Add Hope dan duta KFC, Awal dan Scha Alyahya.

KFC MALAYSIA melancarkan kempen raya KFC ‘Raikan Cara Kita’ dan melantik selebriti terkenal, Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya bersama anak sulung mereka, Lara Alana sebagai duta KFC Malaysia pertama.

Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia, Chan May Ling berkata, kempen itu memulakan penyatuan antara selebriti terkemuka ini dengan KFC dalam projek-projek kerjasama sehingga April 2022.

Iklan
Iklan

"Ia bertujuan untuk membina kesedaran jenama lebih baik terhadap kempen-kempen pemasaran KFC, menu baharu dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dikenali, Add Hope, inisiatif global KFC edisi tempatan dalam usaha untuk mengakhiri kebuluran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Kempen Raikan Cara Kita dan pengumuman pelantikan Duta KFC Malaysia pertama yang diadakan pada Rabu.

Iklan

May Ling berkata, Raikan Cara Kita meraikan perikatan dan keriangan yang dibawa oleh KFC semasa bulan Ramadan dan Syawal.

"Keraian ini amat dekat di hati KFC dan kegembiraan ini dikongsi bersama rakyat Malaysia berdekad lamanya. Kempen ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk berkongsi kisah nostalgik KFC Raya melalui media sosial dengan hashtag #RaikanCaraKita,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, bagi menambahkan lagi kemeriahan sambutan Ramadan dan Raya, Add Hope Meal iaitu menu istimewa untuk waktu terhad yang mengandungi juadah-juadah signatur KFC dikembalikan untuk meningkatkan dana terhadap Program Add Hope.

"Dana itu akan disumbangkan kepada keluarga, badan-badan bukan kerajaan dan rumah kebajikan yang layak dalam usaha untuk menyokong inisiatif membasmi kebuluran di Malaysia. Dengan setiap pembelian Add Hope Meal sama ada di restoran atau atas talian, 50 sen akan didermakan,” katanya.

May Ling berkata, setiap tahun, KFC amat mengalu-alukan ketibaan bulan Ramadan dan Syawal untuk mencipta lebih memori bermakna bersama peminat KFC dan pada masa yang sama memberi kembali kepada komuniti yang memerlukan.

Pada majlis itu, KFC Add Hope telah menyampaikan sumbagan sebanyak RM10,000 kepada Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Yatim Selangor (Rumah Bakti Dato’ Harun), Rumah Anak Yatim Shifa dan Rumah Kebajikan Anak Yatim & Asnaf An-Naafi.