SHAH ALAM - Gerakan Pembela Ummah Malaysia (Ummah) akan membuat satu laporan polis pada Khamis berhubung tulisan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikongsi menerusi laman Facebook pada Rabu.
Badan bukan kerajaan (NGO) itu menyifatkan tulisan Dr Mahathir itu menggambarkan kecenderungan untuk menimbulkan perasaan curiga, menghasut dan cuba mempersoalkan tindakan-tindakan Yang di-Pertuan Agong.