Mercun bernilai RM11,000 dirampas

Iklan
Suspek ditahan bersama mercun yang dirampas. Foto Ihsan PGA

JOHOR BAHRU - Pasukan Gerakan Am (PGA) telah merampas 26 kotak mercun pelbagai jenis bernilai lebih RM11,000 dalam Ops Kontraban di Jeti Pontian Besar, Pontian pada Rabu.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Dimin Awang berkata, seorang lelaki tempatan berumur 30 tahun turut ditahan dalam operasi kira-kira jam 10 malam itu.

Iklan
Iklan
Sebahagian daripada mercun yang dirampas. Foto Ihsan PGA

"Suspek yang berada dalam keadaan mencurigakan kemudiannya ditahan dan hasil pemeriksaan ke atas sebuah lori yang digunakan suspek telah menemui 26 kotak besar mercun pelbagai jenis.

"Kita kemudiannya telah merampas kesemua mercun berkenaan bernilai lebih RM11,000. Jumlah nilai rampasan keseluruhan bernilai RM111,000," katanya.

Iklan

Jelas beliau, suspek lelaki berkenaan dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian untuk tindakan lanjut.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207).

Iklan

"Kita meminta kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban," katanya.