Abdul Bari wira sebenar

Iklan
Omar Abdul Aziz

KUALA TERENGGANU - Penyelamat mangsa pikap terjunam ke sungai Terengganu, 8 Februari lalu mengakui, Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd adalah individu paling banyak membantu dalam menghadapi saat getir ketika usaha menyelamat.

Omar Abdul Aziz Othman, 27, berkata, Allahyarham adalah individu paling awal terjun ke sungai menyelamatkan mangsa yang terjatuh bersama kenderaan itu.

Iklan
Iklan

"Arwah adalah individu paling berjasa dan banyak membantu mengeluarkan mangsa dari dalam kenderaan.

"Kalaulah dia tak sempat keluarkan mangsa daripada kereta tu, mungkin proses menyelamat akan lebih sukar," katanya ketika ditemui pada majlis majlis penghargaan, ucapan terima kasih dan bual bicara di Dewan Mini, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Iklan

Mayat Abdul Bari ditemui 2.5km dari lokasi hilang

Guna ROV kesan mangsa dari dasar sungai

Iklan

Anugerah ‘Wira Darul Iman’ untuk hero Pulau Warisan

Wira Darul Iman terima penghargaan

Turut hadir empat lagi penyelamat iaitu Muhammad Asadullah Jamaludin, 37, Saiful Anuar Mohd, 37, Mohd Amirol Hafizol Zukafli, 29 dan Shahrul Mizan Harun, 33.

Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, seramai enam orang awam tampil membantu mangsa yang terjunam bersama kenderaan di sungai Terengganu, berhampiran Pulau Warisan.

Malangnya, Allahyarham Abdul Bari Asyraf yang merupakan individu terawal tampil menyelamatkan mangsa di dalam pacuan empat roda itu maut dalam kejadian.