Pertahan Permatang Pauh: Nurul Izzah serah kepada pimpinan PKR

Iklan
Nurul Izzah

KUALA LUMPUR - Nurul Izzah Anwar menyerahkan kepada pucuk pimpinan PKR sama ada beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandangnya atau bertanding di tempat lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Menurutnya, perkara itu masih dalam perbincangan dan sebagai ahli, beliau akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan.

Iklan
Iklan

"Kita perlu akur dengan keputusan parti kerana saya berpegang pada asas yang kita semua adalah ‘askar’ dalam parti ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan kedai dalam talian Shopee Keadilan, di sini pada Isnin.

Sebelum ini ada desas-desus menyatakan Nurul Izzah akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak pada PRU15.

Iklan
Iklan

Kerusi Parlimen Permatang Pauh merupakan kubu kuat PKR dan sinonim dengan Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Bernama