PUTRAJAYA - Pengimportan atau kemasukan daging dari sumber negara dan rumah sembelih yang tidak diiktiraf, sama ada menerusi penyeludupan atau ketirisan di pintu masuk negara, adalah di luar bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).
DVS dalam satu kenyataan pada Khamis menjelaskan, agensi itu hanya bertanggungjawab dalam menjalankan audit pemeriksaan rumah sembelih luar negara untuk tujuan kelulusan eksport ke Malaysia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.