Kes pukul pengawal peribadi: Empat individu ditahan polis
Iklan
KLANG - Empat individu ditahan susulan kes melibatkan dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa dalam kejadian pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata kesemua suspek ditahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan, 506 Kanun Keseksaan dan 298 Kanun Keseksaan.
Iklan
Iklan
"Polis Klang Selatan telah berjaya menangkap empat individu yang disyaki terlibat dengan kejadian ini.
"Semua suspek akan direman di Mahkamah Klang pada Khamis," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.
Iklan
Katanya, pihaknya kes ini tidak melibatkan sebarang isu perkauman.
ARTIKEL BERKAITAN: Dua 'bodyguard' dirotan, diacu pistol kerana berpuasa
Iklan
"Masyarakat atau mana-mana individu dinasihatkan agar tidak menyalahgunakan media sosial dengan berkongsi sebarang provokasi yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman sehingga menjejaskan keharmonian kaum.
"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang bertindak di luar batasan undang undang," katanya.
Pada Selasa, dua pengawal peribadi dipukul dengan sebatang rotan dan diacukan pistol oleh majikan mereka yang didakwa tidak suka kedua-duanya menunaikan puasa.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>