Jari kanak-kanak putus digigit monyet

Iklan
Jari kanak-kanak putus digigit monyet ketika berkunjung di sebuah zoo di Portugal. - Foto Solarpix

PORTO - Kegembiraan kanak-kanak berkunjung di sebuah zoo di Portugal bertukar tragedi selepas jarinya putus dipercayai digigit monyet ketika dia memasukkan jari ke dalam kandang haiwan itu.

Lapor The Sun, kejadian berlaku pada Jumaat dipercayai ketika kanak-kanak itu memberi makanan kepada haiwan tersebut.

Iklan
Iklan

Seorang pegawai polis kemudian bergegas memasuki kandang monyet berkenaan bagi mendapatkan jari itu sebelum mangsa dikejarkan ke hospital.

Kata polis, sekumpulan pakar pembedahan plastik bersama pakar kanak-kanak dikatakan cuba menyambungkan semula jari berkenaan.

Iklan

Bagaimanapun, pihak Hospital Sao Jaoa enggan memberitahu samaada mereka berjaya berbuat demikian atau sebaliknya dan hanya memaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil.

Zoo Santo Inacio dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku selepas kanak-kanak tersebut memberi makanan kepada monyet berkenaan.

Iklan

Menurutnya, pemberian makanan kepada haiwan adalah dilarang sama sekali bagi melindungi para pengunjung.

Katanya, pihak zoo amat mengutamakan keselamatan pengunjung namun sekiranya para pengunjung tidak mengikut langkah-langkah keselamatan yang ditetapkan, maka ia menjadi sia-sia.

"Ini termasuk tidak memberi makanan kepada haiwan," menurut kenyataan itu.

Polis turut melakukan siasatan terperinci berkenaan insiden terbabit.

Zoo tersebut dibuka semula pada Selasa lalu selepas penutupan selama tiga bulan dan menempatkan lebih 600 haiwan termasuk Harimau Amur dan Singa Asia.