Warisan saman ADUN Sebatik
Iklan
KOTA KINABALU - Peguam Parti Warisan Sabah (Warisan) memfailkan saman terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir selepas didapati gagal meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Warisan memaklumkan, writ saman dan penyataan tuntutan itu dihantar di kediaman beliau di Taman Fulliwa di sini pada jam 3.35 petang Rabu.