Rasuah Busters adalah gerakan rakyat muak dengan rasuah

Iklan
Rais Hussin

SHAH ALAM - Rasuah Busters adalah gerakan daripada majoriti rakyat yang muak dengan jenayah rasuah sehingga menyebabkan segelintir masyarakat menjadi 'miskin'.

Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research, Datuk Dr Rais Hussin Mohamed Ariff berkata, rasuah memberi kesan kepada ekonomi dan kebajikan rakyat.

Iklan
Iklan

Malah sebagai Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), beliau juga mengambil langkah membanteras gejala itu dalam syarikat.

"Saya sering tekankan kepada kakitangan supaya segala tindakan kita memberi manfaat kepada majoriti rakyat dan bukannya golongan tertentu sahaja,” katanya yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Teras #RasuahBusters.

Iklan

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Pasukan Teras #RasuahBusters yang dianggotai seramai 15 profesional terdiri daripada pelbagai latar belakang di Kompleks Karangkraf di sini pada Isnin.

Rasuah Busters merupakan gerakan daripada rakyat untuk membanteras amalan rasuah dan tidak berunsurkan politik walaupun Rais Hussin pernah melibatkan diri dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Iklan

Beliau menganggotai Pasukan Teras #RasuahBusters atas kapasiti sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Emir Research yang akan bertindak menjalankan pelbagai kajian mengenai rasuah menerusi pasukan tersebut.