26 kawasan sudah terima bekalan air
Iklan
SHAH ALAM - Sebanyak 26 peratus kawasan sudah menerima bekalan air sepenuhnya sehingga jam 6 petang Rabu berikutan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam pada Selasa.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan di Facebook pada Rabu berkata, pemulihan sepenuhnya telah dicapai di lapan kawasan daripada 31 kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air berjadual.