Kerjasama Bersatu, Pas hanya ‘drama politik’

Iklan
Mohamed Nazri

SHAH ALAM - Kenyataan bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas yang menyatakan ingin mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dianggap sebagai ‘drama politik’ semata-mata.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, akar umbi Pas tetap memilih untuk bekerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN).

Iklan
Iklan

"Yang di atas itu semua drama politik. Ini semua semua 'window dressing' (muslihat untuk beri gambaran salah). Yang penting dalam PRU adalah akar umbi," katanya memetik laporan portal Malaysiakini pada Rabu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut berpandangan bahawa penyokong Pas lebih cenderung untuk menyokong UMNO berbanding Bersatu.

Iklan

Pada Rabu, Bersatu dan Pas menegaskan akan terus mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi PRU15.

Dalam satu kenyataan bersama itu, kedua-dua parti berkenaan menolak sebarang bentuk pejajaran baharu untuk menubuhkan kerajaan pasca PRU15 terutama melibatkan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: Keputusan menteri UMNO tindakan bijak: Pemuda Pas