CANBERRA - AUSTRALIA. Air kotor yang dibawa banjir di utara Australia telah merebak sehingga ke kawasan terumbu karang terkenal, Great Barrier Reef yang meletakkannya di bawah tekanan baharu selepas beberapa bahagian mengalami pelunturan pada 2016 dan 2017.
Krisis banjir tersebut berlaku selepas hujan berterusan selama beberapa minggu di Queensland.