Sajat nafi menyorok daripada JAIS, pihak berkuasa

Iklan
Sajat

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat menafikan bersembunyi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak berkuasa sebelum ini.

Menurut video berdurasi 2:21 minit yang dimuat naik menerusi media sosial itu, Sajat menafikan beliau melarikan diri daripada pihak berkuasa.

Iklan
Iklan

"Masa bila kita jadi pelarian? Buat apa nak jadi pelarian?

"Masa bila saya menyorok? Ada ke awak nampak saya menyorok?” katanya menerusi video berkenaan.

Iklan

Nur Sajat mendakwa beliau mendiamkan diri disebabkan keadaan beliau yang tidak sihat.

"Saya bukan menyorok, tapi hanya mendiamkan diri dari Instagram,” ujarnya.

Iklan

Bagaimanapun, sepanjang menjawab soalan netizen, Sajat tidak mendedahkan wajahnya dalam video tersebut.

Nur Sajat sebelum ini dikenakan waran tangkap selepas gagal hadir sebutan semula pertuduhan berpakaian wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.