KOTA KINABALU - Keputusan Parti Liberal Demokratik (LDP) untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) akan dipertimbangkan sebaiknya, kata Pengerusi PN Sabah, Datuk Hajiji Noor.
Ketua Menteri Sabah itu berkata, apa yang paling penting sekarang adalah untuk PN serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyatukan rakyat melalui parti yang menerima perjuangan gabungan berkenaan.