SPRM cari Muhammad Faris

Iklan
Muhammad Faris, 29 dicari SPRM untuk membantu siasatan kes.

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, alamat terakhir Muhammad Faris Rosli, 29, ialah di JKR 2559/27, Jalan Selangor, Bukit Persekutuan, 50480 Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki tersebut diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohamad Solehuddin Suhaimi di talian 03-9206 5000 atau 013-395 5719," katanya pada Khamis.