Bekas Pengerusi MCPF, penceramah tidak mengaku pecah amanah
Iklan
KUALA LUMPUR - Bekas Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Kuala Lumpur dan seorang penceramah Pencegahan Jenayah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas kesalahan pecah amanah jenayah berkaitan harta iaitu Dana Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia berjumlah RM195,000, dua tahun lalu.
Bok Siew Mun, 48, dan Saiful Hamiruzzaman Mohd Hazir, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Hakim Datin Sabariah Othman dan Hasbullah Adam.
Iklan
Iklan
Mengikut pertuduhan di hadapan Hasbullah, Siew Mun sebagai Pengerusi MCPF Kuala Lumpur, diamanahkan harta iaitu Dana Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kuala Lumpur, didakwa melakukan pecah amanah jenayah dengan mengarahkan bayaran secara cek berjumlah RM195,000 kepada sebuah syarikat.
Sementara di hadapan Sabariah, Saiful Hamiruzzaman dituduh bersubahat dengan Siew Mun untuk melakukan kesalahan sama dengan mengemukakan invois milik sebuah syarikat dan menandatangani baucar bayaran yayasan berkenaan.
Iklan
Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Maybank Berhad, cawangan Bandar Sri Permaisuri, di sini antara 26 Februari dan 31 Mei 2019 dan didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Datuk Vignesh Kumar.
Iklan
Afiq Nazrin mencadangkan kedua-dua tertuduh diberi ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan mahkamah membenarkan permohonan itu.
Mahkamah kemudian menetapkan 30 April depan untuk sebutan semula kes.
BERITA SEMASA 28 APRIL 2024
Exco Pendidikan Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif akan mendapatkan penjelasan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) berhubung isu tular yang mendakwa pihak kantin menjual makanan tidak bersih di sebuah sekolah menengah di sini baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.
Diminta mengulas lanjut, Mohd Arifin menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap isu terbabit.
Dalam pada itu, JPNS turut diminta memastikan pengusaha kantin atau pemegang tender membekalkan makanan di asrama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dalam penyediaan makanan kepada murid atau pelajar di sekolah masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/661794/berita/semasa/jpns-diminta-beri-penjelasan-kantin-sekolah-jual-makanan-tidak-bersih
Muzik: Elevate dari www.bensound.com