Tiga direman kes rasuah projek pelitup muka bernilai RM9 juta
Iklan
KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret di sini pada Selasa membenarkan tiga individu termasuk dua pengarah syarikat dan seorang penjawat awam direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan membabitkan projek pelitup muka bernilai lebih RM9 juta, tahun lalu.
Penolong Pendaftar, Wan Azianti Abd Salleh membenarkan ketiga-tiga individu berusia antara 49 hingga 59 tahun itu direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.