Lompat parti budaya tidak adil kepada rakyat, negara
Iklan
Dari kiri, Raziatul Hanum dan Karupaiya Muthusamy semasa program Sinar Live bertajuk YB, ‘dilamar’: Sejauh mana benarnya? pada Jumaat.
SHAH ALAM - Tindakan melompat parti merupakan satu budaya yang tidak adil kepada rakyat dan negara, kata Ahli Parlimen Padang Serai, Karupaiya Muthusamy.
Menurut beliau, ahli Parlimen yang dilantik seharusnya mementingkan negara dan kebajikan rakyat bukannya mengutamakan parti dan diri sendiri.
Iklan
Iklan
Katanya, wakil rakyat yang dipilih perlu menjalankan amanah sebaiknya untuk berkhidmat kepada negara dan masyarakat.
"Itu satu kerja yang tidak patut, seharusnya mereka mementingkan negara tetapi mereka mengutamakan parti dan diri sendiri. Itu yang saya marah.
Iklan
"Pengundi mengharapkan kita tidak akan mengkhianati mereka yang telah mengundi. Mereka masih marah disebabkan ada unsur melompat parti. Mereka tidak puas hati kerana mereka undi lain, namun wakil rakyat melompat (parti),” katanya.
Beliau berkata demikian semasa program Sinar Live bertajuk YB, ‘dilamar’: Sejauh mana benarnya? pada Jumaat yang dikendalikan oleh Raziatul Hanum A Rajak@Atan.
Iklan
Beliau turut memberitahu pernah ditawarkan pihak tertentu supaya melompat parti namun beliau enggan berbuat demikian.
Beliau percaya, keadaan itu didorong oleh jiwa yang kental, menghormati ketua dan juga mementingkan pengundi di kawasannya.
"Berkali-kali saya dapat panggilan tetapi saya hanya menyatakan yang saya tidak akan melompat parti sebab saya tidak mahu buat rakyat saya marah,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: 'Kita tidak pernah bergaduh, bermanja dengan PH' - Ahmad Zahid
 Barisan Nasional (BN) menegaskan tidak pernah bergaduh jauh sekali bermanja dengan Pakatan Harapan (PH) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua pihak mengekalkan hubungan profesional walaupun bertembung di gelanggang pilihan raya.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786352/berita/politik/prn-johor-kita-tidak-pernah-bergaduh-bermanja-dengan-ph---ahmad-zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #BN
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.
? pru.sinarharian.com.my"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-04T07:39:43.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P84S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xalavm2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xalavm2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xalavm2"></script>