Inisiatif Sarawak bayar balik PTPTN wajar dicontohi
Iklan
PTPTN
KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan Sarawak membantu pelajar dalam kalangan anak negeri itu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), wajar dicontohi kerajaan negeri lain.
PTPTN dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, kerajaan negeri lain wajar menjadikan usaha Sarawak membantu rakyatnya membayar baki hutang pinjaman PTPTN, sebagai pilihan utama bagi pemberian insentif dalam perancangan Belanjawan Negeri untuk manfaat rakyat.
Iklan
Iklan
"Cadangan ini dilihat amat sesuai di kala rakyat terkesan akibat penularan pandemik Covid-19. PTPTN sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan-kerajaan negeri di seluruh Malaysia dalam merealisasikan inisiatif ini, bagi memastikan kebajikan para peminjam,” demikian menurut kenyataan itu.
Sarawak melalui Yayasan Sarawak telah membantu sehingga 9,000 peminjam menyelesaikan 30 peratus daripada baki hutang pinjaman PTPTN, dengan peruntukan sebanyak RM30 juta pada 5 Mac lepas.
Iklan
Peminjam tersebut terdiri daripada anak-anak Sarawak yang telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pinjaman PTPTN mereka dan Sarawak merupakan satu-satunya kerajaan negeri yang memulakan usaha proaktif tersebut.
Menurut kenyataan itu, inisiatif berkenaan dilaksanakan berdasarkan polisi dan prosedur yang ditetapkan oleh Yayasan Sarawak.
Iklan
Peminjam PTPTN tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan dan boleh membuat semakan bagi nama peminjam yang layak melalui portal rasmi PTPTN (ptptn.gov.my/SemakanInsentifBayaranBalikAnakSarawak) mulai 15 Mac 2021. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>