Tujuh penuntut universiti di Myanmar dijatuhi hukuman penjara

Iklan
Tujuh penuntut terbabit diiringi pihak polis selepas perbicaraan di Mandalay, Myanmar , semalam. - Foto AFP

YANGON - MYANMAR. Tujuh penuntut universiti di Myanmar dijatuhi hukuman penjara tiga bulan beserta kerja berat kerana mengadakan demonstrasi tanpa izin dan membakar gambar pegawai atasan ekoran protes berhubung keselamatan kampus.

Penuntut yang dipenjarakan turut terlibat dalam melakonkan kembali pengebumian olok-olok pada 28 December lalu bagi mendesak aspek keselamatan di Universiti Mandalay dipertingkatkan susulan kematian seorang penuntut berhampiran kampus terbabit.

Iklan
Iklan

Mereka bertindak membakar keranda kertas dan gambar ketua menteri bandar Yangon, menteri keselamatan dan hal ehwal dalam negeri dan pemimpin universiti selain menuntut kawalan keselamatan dipertingkatkan di kawasan yang menjadi tumpuan penuntut.

Tiga daripada mereka ditahan semasa protes berlangsung, sementara empat lagi diberkas beberapa hari kemudian ketika menuntut pembebasan rakan mereka.

Iklan

Menurut ketua pelajar Ei Mon Khin, kesemua penuntut akan dibawa ke Penjara Obo di Mandalay dan tempoh hukuman bermula daripada tarikh penahanan, ini bermakna mereka akan menghabiskan masa sebulan lebih lagi di penjara.

Hukuman disifatkan antara contoh tindakan keras pihak berkuasa dalam menangani protes.

Iklan

Selasa lalu, pihak polis menembak peluru getah dan melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ribuan penunjuk perasaan yang berhimpun di Kayah bagi menentang pembinaan patung Aung San, ayah kepada pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi. - AFP