Israel tutup laluan di perkampungan Palestin

Iklan
Jengkaut Israel menutup jalan menghubungkan Khillet al-Dabaa dan Masafer Yatta.

HEBRON - TEBING BARAT . Pihak berkuasa Israel memusnahkan dan menutup sebatang jalan di selatan Hebron di Tebing Barat yang diduduki pada Isnin lalu.

Penyelaras Jawatankuasa Penentangan Popular di selatan Hebron, Rateb al-Jbour berkata, jengkaut Zionis menutup jalan yang menghubungkan Khillet al-Dabaa dan Masafer Yatta.

Iklan
Iklan

Tindakan itu menjejaskan pergerakan keluar masuk penduduk di perkampungan terbabit.

Difahamkan, rejim Israel secara berterusan menutup jalan tersebut sejak ia dibuka penduduk Palestin di kawasan berkenaan. - Agensi

Iklan
Iklan