Mahkamah di Pakistan perintah sekat TikTok

Iklan
Aplikasi TikTok. - Foto AFP

MOSCOW - Seorang hakim di Pakistan pada Khamis memerintahkan penyelia telekomunikasi negara itu menyekat aplikasi TikTok kerana didapati 'menyebarkan unsur lucah dalam masyarakat', lapor Sputnik memetik media.

Menurut akhbar Pakistan Dawn, Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Peshawar Qaiser Rashid Khan mengeluarkan perintah itu selepas mendapati kandungan dikongsi di platform perkongsian video itu 'tidak boleh diterima masyarakat Pakistan'.

Iklan
Iklan

"TikTok perlu dilarang kecuali pegawai mereka mematuhi permintaan dan bekerjasama dengan anda untuk mencegah kandungan tidak bermoral," kata Hakim Khan.

Lembaga Telekomunikasi Pakistan (PIBG) Kamran Gandapur, yang diarahkan menguatkuasakan larangan itu memaklumkan kepada hakim permintaan itu sudah diajukan kepada pegawai TikTok tetapi belum mendapat sebarang jawapan.

Iklan

Khan mengarahkan TikTok diharamkan sehingga pihak berkenaan memberikan maklum balas.

Hakim kemudian dimaklumkan TikTok tidak mempunyai pejabat di Pakistan.

Iklan

Aplikasi media sosial China itu menerima tekanan di seluruh dunia tetapi semakin popular dalam kalangan generasi muda. TikTok juga kian mendapat perhatian selebriti, tokoh awam dan media. - Bernama