'Saya hanya ikut perintah'
Iklan
HUSAM
KOTA BHARU - Bekas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Husam Musa menyerahkan keputusan kepada pucuk pimpinan parti itu sama ada beliau akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atau sebaliknya.
Husam yang juga Ketua Amanah Kota Bharu berkata, beliau mengikut arahan yang ditetapkan pucuk pimpinan sekiranya parti berasakan calon muda serta 'kuat' lebih sesuai untuk bertanding PRU15 berbanding beliau.
Iklan
Iklan
"Sekiranya betul apa yang dispekulasikan, kita tengoklah macam mana. Saya ini hanya ikut perintah sahaja. Kalau ada individu yang lebih muda dan kuat daripada saya, saya tak bertanding pun tak apa," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyerahkan sumbangan kepada 25 pemandu teksi yang terjejas akibat pandemik Covid-19 di sini pada Khamis.
Husam mengulas spekulasi di media sosial yang tular baru-baru ini mendakwa beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Gombak di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi menentang bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kini ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). - Bernama
Iklan
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>