Kucing bantu pendaki sesat di pergunungan Alps

Iklan
Kucing bantu pendaki sesat di pergunungan Alps. -Tribuntravel

SEEKOR kucing dianggap hero setelah berjaya menyelamatkan seorang pendaki yang sesat di pergunungan Alps.

Seorang lelaki dari Hungary itu menemukan kucing itu di kaki pergunungan ketika dia sedang berehat.

Iklan
Iklan

Kucing itu berkeliaran di kawasan tersebut lalu mendekatinya tanpa ragu-ragu.

Lelaki itu memberitahu, dia mahu menikmati musim salji dan mendaki pergunungan tersebt.

Iklan

"Ketika saya tiba di desa Lauterbrunnen, beberapa jalan ditutup.

"Kemudian saya berpatah balik ke jalan asal hingga tersesat di pergunungan Alps dan tiba di perkampungan Gimmelwal. Terdapat juga papan tanda memberitahu jalan ditutup hingga saya buntu untuk mencari jalan keluar," katanya.

Iklan

Bagaimanapun, kegusaran lelaki itu berakhir apabila menemukan seekor kucing berwarna hitam putih yang menunjukkan jalan ke sebuah perkampungan.

"Kucing ini sangat manja dan tidak takut dengan orang. Malah bijak menunjukkan arah keluar," katanya. - Tribuntravel