PRK Semenyih: SPR hantar 'vorter's card'
Iklan
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksanakan satu inisiatif menghantar kad pengundi (voter’s card) kepada 54,471 orang pengundi berdaftar Dewan Undangan Negeri Semenyih yang bakal mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih 2 Mac ini.
Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan berkata, inisiatif baharu itu adalah usaha untuk menggalakkan dan memudahkan pengundi untuk keluar mengundi pada PRK itu.
Iklan
Iklan
SPR telah menghantar voter's card tersebut kepada semua 54,471 pengundi yang meliputi 951 orang pengundi awal dan 53,520 orang pengundi biasa pada 31 Jan lepas.
Jelasnya, voter’s card tersebut mengandungi maklumat pengundian iaitu Pusat Mengundi, Saluran, Bilangan dan Masa Mengundi.
Iklan
Katanya, pengundi yang telah menerima kad tersebut tidak perlu lagi membuat semakan di barung SPR untuk menyemak saluran dan nombor bilangan pengundi dalam daftar pemilih kerana kedua-dua maklumat tersebut telah dinyatakan dalam kad tersebut.
"Bagaimanapun, SPR menegaskan bahawa pengundi tetap perlu membawa kad pengenalan bagi pengesahan identiti untuk mengundi,” katanya.
Iklan
Hari mengundi awal adalah pada 26 Februari.
Beliau berkata, mana-mana pengundi yang tidak menerima voter’s card berkenaan kerana kemungkinan telah berpindah, boleh membuat semakan maklumat pengundian iaitu Pusat Mengundi, Saluran, Bilangan dan Masa Mengundi melalui portal SPR pengundi.spr.gov.my atau aplikasi MySPR Semak atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) (SPR SEMAK Nombor Kad Pengenalan ke nombor 15888 atau menghubungi talian hotline SPR di talian 03-8892 7018. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Sekatan ke luar negara libatkan peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas - Adam Adli"><meta itemprop="description" content="Sekatan perjalanan ke luar negara hanya dikenakan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpendapatan tinggi dan mencukupi yang culas membuat bayaran balik, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abd Halim.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangparlimen #sidangdewanrakyat #PTPTN #AdamAdli"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-09T06:52:39.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/Z_dm01fYOGtZ0r8KA/x180"><meta itemprop="duration" content="P114S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.html?video=x9zj94w"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xxgjo.js" data-video="x9zj94w"></script>