Letupan di Kashmir cederakan 12 pelajar

Iklan
Pelajar yang cedera dikejarkan ke hospital Kakpora.

SRINAGAR - INDIA. Sekurang-kurangnya 12 pelajar cedera dalam kejadian letupan misteri di sebuah sekolah persendirian di selatan Kashmir, hari ini.

Polis berkata, kejadian berlaku di Narbal dalam daerah Pulwama kira-kira jam 2.30 petang (waktu tempatan).

Iklan
Iklan

Tiada kehilangan jiwa dilaporkan dan polis masih menyiasat punca letupan. - Agensi