Natrah lapor SPRM cubaan Datuk Seri dapatkan sokongan beliau

Iklan
Natrah Ismail

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Sekijang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Natrah Ismail membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ahad.

Laporan itu susulan dakwaan cubaan mendapatkan sokongan beliau terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan janji manfaat yang bakal diperoleh.

Iklan
Iklan

"Saya membuat laporan ini berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 berkenaan kewajipan melaporkan tawaran suapan.

"Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada 3 Mac lalu, Natrah mendakwa beliau dikunjungi dua individu termasuk seorang yang bergelar Datuk Seri dengan menawarkan habuan jika menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Natrah tidak mendedahkan lebih lanjut identiti dua individu tersebut dan tawaran yang dimaksudkan.

Iklan

ARTIKEL BERKAITAN: MP Sekijang dakwa ditawar ganjaran sokong Muhyiddin

‘Saya bukan bahan dagangan untuk dijual beli’

Ekoran itu, SPRM menggesa Natrah atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan tawaran sogokan kepada ahli Parlimen untuk tampil membuat laporan kepada suruhanjaya tersebut.

Mengulas lanjut, Natrah sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin serta tidak akan mengkhianati parti dan pimpinannya.

Malah katanya, beliau tidak akan mengkhianati pengundi yang memberi undi kepada beliau di Parlimen Sekijang.

"Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan ahli-ahli Parlimen PKR atau pembangkang amnya, berhentilah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk.

"Kepada kerajaan minoriti hari ini, saya cuma ada satu kata. 'Lawan!'," tegas beliau.