PUTRAJAYA - Sokongan yang dizahirkan dua Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), akan memberi kestabilan kepada kerajaan dalam menyusun semula serta memperkukuhkan ekonomi, bagi negara mendepani pandemik Covid-19.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia penting kerana kestabilan politik adalah perkara yang paling mustahak dalam suasana negara masih berhadapan Covid-19.