Tikus 'didenda' gara-gara gigit wayar pengecas telefon

Iklan
Tikus kecil itu diikat ke botol lalu dipukul dengan kayu kecil di bahagian kepala, hidung dan perut. - Foto NewsCrunch India

MANDYA - INDIA. Seorang lelaki yang berang apabila wayar pengecas telefon miliknya digigit seekor tikus bertindak mengikat haiwan tersebut dan menderanya.

Haiwan berkenaan diikat ke botol lalu dipukul dengan kayu kecil di bahagian kepala, hidung dan perut.

Iklan
Iklan

Dalam rakaman video yang muncul awal bulan ini, lelaki berasal dari wilayah Mandya itu turut memaki hamun haiwan kecil tersebut sambil berterusan memukulnya sehingga ia terkencing.

"Kenapa kamu menggigit wayar ini dan menyebabkan saya rugi," marah lelaki itu sambil menuduh tikus kecil itu turut memakan nasi, tomato dan sabun di rumahnya.

Iklan
Iklan

Aktivis haiwan di India kini menggesa pihak berkuasa menjejak lelaki berkenaan dan menangkapnya kerana bertindak kejam terhadap haiwan. - Dailymail