Anak jerung seakan wajah manusia

Iklan
Anak jerung ditemui oleh Abdullah di perairan Indonesia. - Foto Mirror.co.uk

KUPANG - Seorang nelayan dari Indonesia gempar apabila menjumpai seekor anak ikan jerung mutasi yang kelihatan menyerupai muka manusia di perairan negara itu.

Laporan Mirror.co.uk, makhluk anek itu ditemui oleh Abdullah Nuren, 48, di perairan Nusa Tenggara Timur, pada Ahad lalu.

Iklan
Iklan

Dia dikatakan tanpa sengaja menangkap seekor ikan jerung bunting semasa memancing.

Namun jerung itu ditemui mati selepas tersangkut pada pukat.

Iklan

Abdullah menyedari ikan jerung itu bunting yang kemudiannya membelah perut untuk mengeluarkan anak haiwan tersebut.

Dia bagaimanapun terkejut apabila menemui tiga ekor anak jerung dan salah seekor daripadanya memiliki keunikan pada muka iaitu mata bulat, hidung seakan seperti wajah manusia.

Iklan

Pakar saintis Marine Stewardship council Dr David Shiffman berpendapat, kejadian itu jarang berlaku dan berkemungkinan berpunca daripada kecacatan yang berlaku semasa hamil.