SAO PAULO - Lima individu termasuk penyanyi Brazil Rick Sollo daripada pasangan penyanyi muzik sertanejo Rick & Renner ditemukan maut pada Selasa selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di kawasan pergunungan di negeri Santa Catarina, selatan Brazil, menurut jabatan bomba, lapor Xinhua.
Helikopter itu dilaporkan hilang pada Isnin selepas berlepas dari Porto Belo di pantai utara negeri itu menuju ke Sao Joaquim, yang diramalkan mengalami cuaca buruk dan ribut petir.