Jang tekad bangkit musim ini

Iklan
Devan

NEGERI Sembilan FC (NSFC) berazam untuk kembali bangkit pada saingan Liga Premier 2021 dalam usaha memburu slot beraksi dalam saingan Liga Super 2022.

Menurut Ketua Jurulatih NSFC, K Devan, keazaman berkenaan sememangnya agak tinggi dan diharapkan ia mampu direalisasikan berikutan banyak perubahan telah dilakukan kepada skuad Hoben Jang Hoben itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan kepada sasaran pengurusan dan jangkaan daripada peminat, sudah pasti tekanan akan lebih dirasakan sekiranya kita gagal mencapai sebarang kemenangan dalam tiga perlawanan awal.

"Bagaimanapun banyak perubahan telah dilakukan pada musim ini dengan kemasukan beberapa pemain berpengalaman dan diharapkan pemain-pemain berkenaan mampu menyerlah dan seterusnya memenuhi keazaman yang telah ditetapkan,” katanya.

Iklan

Bagi saingan Liga Premier 2021, NSFC bakal diperkuatkan dengan kembalinya bekas penyerang kebangsaan yang juga pemain kelahiran Seremban, Zaquan Adha Abd Radzak selain bekas penjaga gol Felda United FC dan PJ City FC, Muhaimin Mohamad, Nasrullah Hanif Johan (Terengganu FC), Ferris Danial (Melaka) dan Annas Rahmat (Melaka).

Musim lalu, NSFC gagal menyerlah dalam saingan Liga-M apabila hanya berjaya menamatkan saingan Liga Premier pada kedudukan ke-11.

Iklan

Sementara itu, Devan berkata, dia gembira menyaksikan peningkatan dalam persefahaman pemain skuad Hoben Jang Hoben ketika ini.

Katanya, dia mengharapkan situasi sedemikian akan berterusan selepas ini dalam persiapan pasukan mengharungi saingan Liga-M, kelak.

"Saya sudah dapat melihat banyak perubahan khususnya daripada segi persefahaman pemain selain kefahaman mereka terhadap perubahan serta penambahbaikan taktikal yang akan saya terapkan nanti,” katanya.