Kepercayaan rakyat kian terhakis
Iklan
Shaharizukirnain Abd Kadir
KUALA TERENGGANU- Kerajaan PH kini dilihat semakin goyah dan menghadapi defisit kepercayaan (trust deficit) rakyat yang serius disebabkan pelbagai isu yang melanda mereka ketika ini.
Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, antara isu yang kini 'memakan diri' PH adalah sijil pengajian palsu dan kamera AES (automated enforcement system).
Menurutnya, sebelum menjadi kerajaan, DAP mendesak ahli Kabinet meletakkan jawatan kerana dipercayai ahli-ahli Kabinet tersebut memiliki sijil palsu.
"Tapi sekarang setelah menjadi kerajaan, parti tersebut diam seribu bahasa apabila ada Timbalan Menteri PH dikatakan memiliki sijil palsu malah dikatakan masih ramai pemimpin dari parti tersebut membuat perkara yang sama.
"Dalam isu AES pula, kerajaan dilihat terus menerus melakukan pusingan U. Sebelum ini, pelaksanaan AES ditentang habis-habisan oleh mereka, yang menyifatkan pelaksanaan AES suatu tindakan kejam namun kini ia dikatakan bertepatan dengan Maqasid Syariah," katanya.
Beliau turut mempertikaikan kredibiliti pemimpin PH yang dilihat tidak konsisten dengan kenyataan dan pendirian mereka sebelum ini.
Jelasnya, isu PTPTN, penghapusan tol serta isu lantikan ahli politik dalam syarikat milik kerajaan juga membuktikan segala janji kerajaan kepada rakyat sudah hilang kredibilitinya.
"Saya berharap agar kredibiliti pentadbiran negara dapat diatasi. Selagi mana kemelut kepimpinan tidak dapat diselesaikan selagi itulah semakin terhakis kepercayaan rakyat terhadap kerajaan yang sehingga kini semakin 'membarah'," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>