Program Vaksinasi Kebangsaan tingkatkan pergerakan tenaga kerja
Iklan
Program vaksinasi yang dilaksanakan dengan baik akan turut memulihkan keyakinan dalam sektor tenaga kerja dan membolehkan mereka kembali ke pejabat.
KUALA LUMPUR - Perniagaan di Malaysia berharap kepada perjalanan perniagaan disambung semula dan pergerakan tenaga kerja ditingkatkan selepas pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, menurut Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM).
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siobhan Das berkata, kaji selidik AMCHAM yang dijalankan pada awal bulan ini menunjukkan 42 peratus daripada responden memerlukan lebih ramai pekerja untuk kembali ke tempat kerja.
Iklan
Iklan
"Program vaksinasi yang dilaksanakan dengan baik akan turut memulihkan keyakinan dalam sektor tenaga kerja dan membolehkan mereka kembali ke pejabat, dengan prosedur operasi standard (SOP) yang disemak semula untuk mencerminkan tahap ancaman telah berkurangan.
"Bagi memudahkan pemulihan ekonomi, AMCHAM menggesa kerajaan untuk memberikan lebih banyak penjelasan dalam pelan pelaksanaan vaksin untuk industri dan perniagaan,” katanya dalam temu bual melalui e-mel dengan Bernama.
Iklan
Menurut Siobhan, program vaksinasi yang dilaksanakan dengan baik akan menjadi faktor penting untuk memulihkan keyakinan komuniti perniagaan di dalam dan di luar negara.
"Logistik rantaian sejuk untuk Malaysia akan menjadi amat mencabar berikutan kapasiti dan keupayaan rangkaian pengedaran untuk menembusi mereka yang kurang dalam capaian, di kawasan luar bandar dan bandar.
Iklan
"Kami berharap kerajaan akan menambah baik sistem komunikasinya dan lebih telus, dengan proses yang terlibat dan perkongsian data, termasuk jumlah dos yang diterima dan diberikan dalam pelbagai sektor penduduk,” katanya.
Malaysia dijadualkan akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech BNT1262b pertamanya pada 21 Februari ini dan Program Vaksinasi Kebangsaan akan bermula pada 26 Februari 2021. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>