KSSB, komuniti ceriakan sekolah

Iklan
Menanam pokok bunga untuk menceriakan kawasan sekolah.

KUALA SELANGOR - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) melalui Jabatan Komunikasi Korporat mengambil inisiatif mengadakan Program Gotong-Royong dan Keceriaan di Sekolah Rendah Agama (KAFA Integ-rasi) Al-Ridzuan, Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor baru-baru ini.

KSSB dalam satu kenyataan berkata, objektif pengambilan dan perlaksanaan program itu adalah selaras dengan inisiatif pihaknya bagi membantu serta membentuk kerjasama bersama komuniti dan warga pendidik yang berhampiran di tapak operasi KSSB.

Iklan
Iklan

"Aktiviti ini dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

"Setiap peserta dikehendaki menjalani saringan suhu badan dan memakai pelitup muka sebelum dibenarkan masuk,” menurut kenyataan tersebut.

Iklan
Kakitangan KSSB bergotong-royong mengecat dinding kantin sekolah.

Sekolah Rendah Agama (KAFA Integrasi) Al-Ridzuan merupakan Sekolah Angkat KSSB.

Program berkenaan dirasmikan oleh Penghulu Mukim Bestari Jaya, Hanis Zahari. Hadir sama, Ketua Jabatan Komunikasi Korporat KSSB, Suhaimi Khalidi, kakitangan, perantis KSSB, ibu bapa, guru sekolah dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bestari Jaya.

Iklan

KSSB turut menzahirkan penghargaan atas kerjasama semua pihak yang terlibat dalam usaha merealisasi dan menyempurnakan program berkenaan.

HANIS

"Antara aktiviti yang diadakan adalah mengecat, menanam pokok bunga, memotong rumput dan membaik pulih pondok rehat serta bumbung sekolah yang bocor,” menurut kenyataan itu lagi.

KSSB berkata, kawasan yang terlibat untuk program keceriaan itu bukan sahaja melibatkan pekarangan sekolah, malah kawasan di luar sekolah yang dipenuhi semak-samun dan berisiko menjadi tempat pembiakan binatang berbisa.

Sementara itu, Hanis menyifatkan program tersebut dapat membantu merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa, pihak sekolah dan kakitangan KSSB.

Kakitangan KSSB bergambar bersama guru Sekolah Rendah Agama (KAFA Integrasi) Al-Ridzuan.