Keputusan di tangan MKT UMNO
Iklan
MKT UMNO akan membuat keputusan mengenai kerjasama parti itu dengan Bersatu ekoran Perhimpunan Agung UMNO tidak dapat dilaksanakan untuk membahaskan usul akibat perintah darurat.
KUALA LUMPUR - UMNO telah membuat keputusan untuk memanggil mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam ini bagi memutuskan sama ada mereka akan meneruskan kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau sebaliknya pada pilihan raya akan datang.
Namun yang menjadi persoalan sekarang ialah, bagaimanakah mesyuarat itu akan dilangsungkan dalam keadaan negara masih lagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) serta larangan rentas negeri serta daerah.
Iklan
Iklan
Seorang ahli MKT ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan menerima notis panggilan mesyuarat itu yang dijadualkan berlangsung di Akademi UMNO Janda Baik, Pahang pada Jumaat malam, selepas waktu Maghrib.
"Tapi saya sendiri belum membuat keputusan sama ada akan menghadiri mesyuarat berkenaan kerana urusan kepartian tidak disenaraikan sebagai perkhidmatan perlu oleh MITI.
Iklan
"Jadi jika saya merentas negeri, ini bermakna saya mengambil risiko disaman oleh pihak berkuasa atau diarahkan berpatah balik. Tidak semua ahli MKT tinggal di Wilayah Persekutuan apatah lagi mesyuarat ini dijadualkan berlangsung di Janda Baik, Pahang,” ujarnya.
Mesyuarat MKT UMNO dijadualkan berlangsung di Akademi UMNO Janda Baik, Pahang pada malam ini.
Beliau juga menyatakan bahawa kesemua ahli MKT terdedah kepada kebarangkalian disoal siasat oleh pihak polis atau pihak berkuasa kerana berkumpul secara beramai-ramai dalam satu majlis.
Iklan
"Jika pemimpin UMNO disiasat oleh pihak berkuasa kerana tidak patuh SOP, ini adalah tidak baik untuk imej parti atau pemimpin parti akan dilabel sebagai langgar SOP. Jadi timbul konflik di sini,” tegas beliau lagi.
Sumber-sumber memberitahu Sinar Harian, UMNO mahu MKT, sebagai badan kerja tertinggi parti membuat keputusan ini kerana usul yang dibawa oleh persidangan perwakilan bahagian yang selesai bersidang tahun lalu tidak dapat dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) ekoran perintah darurat.
Menurut Perlembagaan UMNO, jika PAU tidak dapat bersidang untuk membahas dan meluluskan sebarang usul yang diputuskan oleh persidangan perwakilan bahagian maka badan tertinggi yang boleh membuat sebarang keputusan melibatkan hala tuju parti adalah MKT.
PAU 2020 yang sudah pun tertangguh akibat pandemik Covid-19, sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Januari lalu namun sekali lagi ditunda kerana perintah proklamasi darurat serta PKP.
Dalam pada itu, satu sumber lagi mendedahkan kepada Sinar Harian bahawa Bersatu pula memutuskan yang mereka bersedia duduk berunding dengan UMNO mengenai pembahagian kerusi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) hanya selepas UMNO memutuskan sama ada untuk berada bersama-sama Perikatan Nasional (PN).
Buat masa ini, PN hanya secara rasmi dianggotai oleh Bersatu, Pas dan Gerakan. UMNO dan Barisan Nasional (BN) pula hanya bersedia untuk bekerjasama dengan Pas melalui gabungan longgar Muafakat Nasional (MN).
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.