Warga asing gagal sogok pegawai JAIM
Iklan
Anggota penguatkuasa JAIM turut menampal poster di beberapa premis tentang amaran berjudi bagi umat Islam.
MELAKA - Perbuatan seorang lelaki warga Bangladesh yang beberapa kali cuba menyogok pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), sebaik ditahan ketika membeli nombor ekor, membawa padah apabila dia kemudiannya ditahan polis.
Ketika kejadian, lelaki terbabit yang berusia 28 tahun, ditahan bersama empat lagi warga tempatan dalam serbuan di empat premis judi ekor di sekitar Merlimau dan Jasin, Sabtu lalu.
Iklan
Iklan
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Datuk Rahimin Bani berkata, lelaki warga Bangladesh itu mula cuba menyogok penguatkuasanya sebaik masuk ke dalam van JAIM.
"Pada mulanya dia cuba menyogok dengan tawaran RM50, namun anggota penguat kuasa memberinya amaran supaya tidak berbuat demikian dan selepas itu diulang beberapa kali.
Iklan
"Sebaik tiba di pejabat JAIM, lelaki itu cuba menyogok sekali lagi tapi kali ini dia tawarkan RM300 pula dan siasatan lanjut ke atas telefon bimbit lelaki terbabit, turut menemukan pelbagai koleksi video lucah, lalu pihak kami membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru,” katanya.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ketika dihubungi mengesahkan, pihaknya menerima laporan berkaitan simpanan koleksi video lucah dalam telefon milik suspek.
Iklan
Kata Afzanizar, suspek disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan direman sehingga Rabu ini.
Sementara itu, Rahimin berkata, Operasi Judi dari jam 9 pagi hingga 2 petang semalam, turut menyaksikan empat lelaki tempatan berusia 40, 59, 63 dan 64 tahun ditahan kerana membeli nombor ekor.
Keempat-empat mereka ditahan di Taman Debunga, Merlimau, Jasin, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Tun Perak, Gajah Behrang, Taman Asean, dan Sungai Udang.
Kesemua yang ditahan diberikan surat perintah hadir di bawah Seksyen 81 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991.
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.