Selangor laksana saringan komuniti sekitar Seksyen 19, Shah Alam esok

Iklan
Kerajaan Selangor bakal laksanakan ujian saringan bersasar komuniti secara percuma di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam pada Rabu.

SHAH ALAM- Kerajaan Selangor akan melaksanakan ujian saringan (Covid-19) bersasar komuniti secara percuma di dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Seksyen 19, di sini pada Rabu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ujian saringan bersasar itu dilaksanakan dari jam 9 pagi hingga 4 petang.