Dadah bernilai RM41,608 dirampas

Iklan
Mazuki (dua, kanan) bersama anggotanya memeriksa eramin 5 yang dirampas.
TUMPAT - Sejumlah dadah jenis eramin 5 bersama ubat batuk bernilai RM41,608 dalam serbuan di dua lokasi berasingan awal pagi tadi.

Operasi Op Tapis di sekitar Wakaf Bharu dan di Kampung Kajang Sebidang pada jam 2 pagi berjaya menahan dua lelaki berusia 22 tahun dan 34 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintendan Polis, Mazuki Mat berkata, antara yang dirampas 2,100 biji eramin 5 dan 864 botol ubat batuk dalam serbuan di dua lokasi tersebut.

Menurutnya, polis turut menyita sebuah motosikal Honda Wave, motosikal Yamaha 125Z dan wang tunai RM1,523.

"Eramin 5 dipercayai diseludup masuk ke negara ini melalui sungai Golok manakala ubat batuk untuk di seludup ke Thailand," katanya.

Menurutnya, kedua suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.