300kg ayam beku, 30 karton rokok dirampas
Iklan
SEMPORNA - Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim) berjaya mematahkan dua kegiatan penyeludupan membabitkan 300 kilogram (kg) ayam sejuk beku dan 30 karton rokok dalam dua operasi berasingan sekitar pulau di daerah ini pada Ahad.
Kedua-dua rampasan dilakukan pada jam 1.30 pagi dan jam 1.55 pagi selepas mengesan satu kegiatan menyeludup keluar daging ayam sejuk beku tanpa permit di sekitar Pulau Bohey Dulang.