Polis siasat dakwaan gangguan seksual di SJR

Iklan
Polis sedang menyiasat berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap dua wanita di sekatan jalan raya (SJR) di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap dua wanita di sekatan jalan raya (SJR) di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, kes tersebut sedang disiasat oleh JIPS Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan kejadian pertama berlaku di SJR Jalan Duta mengenai seorang anggota polis yang menegur seorang pemandu wanita tidak memakai bra.

"Kejadian kedua pula dikatakan berlaku di SJR Pulau Pinang berhubung anggota polis meminta nombor telefon seorang pemandu wanita, kemudian menghubunginya untuk berkenalan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Zamri berkata, pihaknya sedang mengenalpasti anggota polis yang terlibat berdasarkan keterangan yang ada.

"Pada masa sama, kita telah menghubungi kedua-dua pengadu tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai anggota polis itu bagi membantu siasatan," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terlibat.

"Ia merupakan kesalahan tata kelakuan yang serius kerana Ia boleh mencemarkan imej Polis Diraja Malaysia.

"Pegawai dan anggota polis perlu bersikap profesional dan tidak boleh berbuat sesuatu atau melakukan percakapan tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa tersebut," katanya.