KUCHING - Paras air di beberapa kawasan di dua daerah di Sarawak yang dilanda banjir sejak lebih seminggu lepas terus menurun hari ini dengan jumlah mangsa di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan sedikit kepada 813 orang berbanding 823 orang petang Ahad.
Seramai 12 mangsa dari PPS di SK Tanah Puteh, Serian dibenarkan pulang ke kediaman mereka menjadikan hanya 338 mangsa yang masih berada di PPS itu, lapor Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.